top of page

Ekonomi, keseimbangan sosial diutamakan dalam Belanjawan 2023



Pemulihan ekonomi negara dan keseimbangan sosial akan diutamakan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Februari ini.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Seng Peng Hall, Wisma Chinese Chamber, Kuala Lumpur tengah hari ini.


Menurut Anwar, isu penting yang perlu beliau tangani adalah reformasi institusi, tadbir urus baik serta melawan korupsi yang menjadi endemik sejak sekian lama.


Kemudian, katanya, isu perkauman telah membungkus kesenjangan ekonomi antara kaum atau intra kaum sehingga terlupakan oleh kerajaan sebelumnya


Sehubungan itu, kata Anwar, rakyat Malaysia terutamanya para pemain ekonomi perlu bersama sama kerajaan dalam memulihkan serta menetapkan agenda baharu negara.


"Kita bukan bercakap mengenai survival politik, survival individu, parti politik atau kerajaan. Kita bercakap mengenai survival rakyat Malaysia.


"Kedua ialah tentang dasar ekonomi yang memacu pertumbuhan yang boleh menyegarkan negara dengan dasar ekonomi yang jelas melihat kedudukan (kedaan semasa), pasca Covid, kemerosotan ekonomi di Eropah, kesan perang Rusia - Ukraine, yang menuntut kita untuk lebih berani memperkenalkan dasar dasar yang memberi manfaat kepada semua.


"Sebab itu saya tekankan peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam negara agak besar peranannya. Kita harus tumpu perhatian, beri ruang supaya mereka dapat ditingkatkan teknologi supaya dapat bersaing dan memberi pekerjaan lebih banyak kepada rakyat," katanya.


Selain itu, PM turut menyentuh isi kandungan memorandum ACCCIM yang dihantar kepada beliau berhubung cadangan tertentu yang harus diberi perhatian dalam belanjawan.


"Ini tumpuan dalam belanjawan, dan saya dengan pasukan di Kementerian Kewangan telah teliti memorandum dari ACCIM, banyak isu dibangkitkan.


"Dalam dialog yang saya adakan baru baru ini kita ambil kira beberapa pandangan. InshaAllah dalam belanjawan, hal hal itu akan diberi perhatian," katanya lagi.


Anwar turut mengingatkan hadirin tentang pentingnya dibasmi kemiskinan tanpa mengira kaum tetapi sedikit lebih tumpuan kepada orang Melayu kerana kaum itu paling tertinggal dalam arus persaingan ekonomi.


Namun katanya tiada zero sum game dalam usaha memperbaiki ekonomi masyarakat Melayu atau Bumiputera di Malaysia.


Semua rakyat akan mendapat kemakmuran bersama selepas keseimbangan ekonomi antara kaum tercapai.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page