Ekonomi jingga dalam RMK-13: Bidang kreatif diberi keutamaan Kerajaan Madani
- Suara Keadilan

- Aug 1
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Menteri-menteri Kabinet menyatakan penghargaan kepada Kementerian Ekonomi atas inisiatif melibatkan setiap kementerian secara langsung dalam sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang disifatkan sebagai satu penambahbaikan dalam proses perancangan dasar negara.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebagai contoh, Kementerian Komunikasi telah mengemukakan input akhir kepada Kementerian Ekonomi mencadangkan agar sektor industri jingga atau ekonomi jingga merangkumi bidang kreatif seperti filem, muzik, animasi dan seumpamanya, diberikan perhatian dalam penyediaan dokumen RMK13.
''Dengan intervensi daripada Kementerian Komunikasi, Kementerian Ekonomi telah menerima dan menyambut baik cadangan tersebut dan telah dimasukkan dalam dokumen akhir.
''Ini merupakan satu bentuk intervensi dan proses libat urus itu telah meyakinkan Kementerian Ekonomi bahawa sektor ekonomi jingga adalah sektor yang membangun dan berpotensi untuk membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara kita,'' katanya.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya hari ini.









Comments