top of page

ECRL hingga Rantau Panjang, buka peluang ekonomi di Kelantan - PM

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
1 hour ago
1 min read
DS Anwar dan Menteri kabinet pada sidang media terakhir sebelum berangkat pulang dari China, semalam
DS Anwar dan Menteri kabinet pada sidang media terakhir sebelum berangkat pulang dari China, semalam

Kerajaan China bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menyambung laluan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga ke Rantau Panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, ketersambungan tersebut berpotensi memberikan limpahan ekonomi yang signifikan, khususnya dalam usaha memakmurkan kawasan luar bandar di Kelantan.


Beliau berkata perkembangan itu merupakan antara hasil penting dalam lawatan kerja beliau ke Republik Rakyat China.


Dalam masa sama, Anwar berkata lawatan berkenaan turut memberi peluang kepada Malaysia meneroka teknologi baharu serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan China untuk dipelajari dan dimanfaatkan.


Beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh urus setia dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan lawatan kerja tersebut, termasuk perwakilan Malaysia di China, Wisma Putra, MITI, MATRADE dan MIDA.


"Kejayaan lawatan itu turut memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-China serta mempelbagaikan kerjasama .


"Selain itu ia juga berpotensi membawa manfaat dan kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara," ujar beliau dalam perkongsian di media sosial semalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page