top of page

E-wallet juga tidak selamat, di mana Bank Negara?



Penipuan kewangan atas talian yang semakin berleluasa tidak mengecualikan e-dompet (e-wallet) sebagai platform transaksi.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung (gambar, kiri sekali), taktik terbaharu berkenaan dikesan membabitkan transaksi kad kredit mahu pun akaun bank atas talian.


"Pendedahan dua kes penipuan online melalui laluan e-dompet telah membuktikan bahawa e-wallet tidak lagi selamat untuk digunakan.


"Mangsa A telah hilang hampir RM2,000 manakala mangsa B mengalami kerugian sebanyak RM50,000. Modus operandi kedua-kedua kes sama, iaitu wang disalurkan daripada akaun bank atau kad kredit mangsa tanpa pengetahuan kepada akaun keldai (mule account) e-wallet, dan kemudian dilesapkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.


Chean Chung yang juga salah seorang pengasas Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa Penipuan Kewangan Online berkata, kumpulan itu baru baru ini telah mencuba membuka akaun e-wallet dengan menggunakan identiti palsu.


Hal yang mengejutkan, katanya, akaun tersebut berjaya dibuka dan dengan beroperasi dengan lancar dalam sistem kewangan atas talian.


"Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa Penipuan Kewangan Online telahpun mendedahkan bahawa akaun e-wallet boleh dibuka secara mudah dengan identiti palsu.


"Wang juga boleh dicarum ke adalam akaun tersebut. Walaupun pengesahan identiti diperlukan apabila wang dikeluarkan daripada ‘akaun’ tersebut, namun ianya telah menunjukkan risiko kebocoran yang bahaya dan membolehkan sindiket menyalurkan wang dalam sekelip mata melalui akaun-akaun palsu ini," katanya.


Sehubungan itu, ADUN Semambu itu mahu Nank Negara Malaysia (BNM) yang diberi tanggungjawab mengawal selia aktiviti e-wallet agar memantau platform berkenaan secara lebih rapi.


"E-wallet di bawah kawal seliaan BNM melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.


"Kami menggesa BNM mengambil tindakan segera menangani kebocoran yang bahaya ini. Pasukan BNM seharusnya membantu rakyat untuk mengesan kepincangan dan kelemahan ini secara proaktif, dan bukan sebaliknya. Keyakinan masyarakat perlu dipulihkan segera sebelum rakyat tertanya-tanya “Mana Bank Negara Malaysia”?" katanya.


Kawal selia ketat sangat penting, kata Chean Chung, kerana kerajaan sejak kebelakangan ini amat menggalakkan pengunaan e-wallet dan memberi pelbagai insentif tunai melalui platform berkenan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page