top of page

E-Tunai RM100 didik rakyat tentang ekonomi digital



Langkah kerajaan memberi kredit e-tunai RM100 kepada lebih 10 juta rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mendidik masyarakat berdepan dengan ekonomi digital tanpa tunai pada masa depan.


Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengulas inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat semalam berkata, beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum inisiatif itu dapat dimulakan.


Ini kerana jelasnya, kira-kira 30 peratus daripada jumlah penerima e-tunai tersebut kemungkinan akan berdepan kesukaran untuk menerima bantuan itu kerana tidak mempunyai akses kepada sistem yang berkenaan.

"Jadi kita minta supaya para pemimpin setempat berusaha untuk membantu semua golongan mendapatkan e-tunai itu, sebagai contoh ketua kampung dan penghulu, untuk mengajar rakyat yang tidak begitu celik dengan teknologi, kerana ini satu proses (pembelajaran)," katanya dipetik.


Ahmad Maslan berkata begitu kepada pemberita ketika ditemui selepas satu majlis di Shah Alam.


Anwar yang juga Menteri Kewangan semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.


Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang yang merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.


Mengulas lanjut Ahmad Maslan berkata, inisiatif pemberian kredit e-tunai itu diharapkan dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi setempat selain bertujuan untuk mendidik rakyat mengenai ekonomi digitalisasi dan memupuk budaya masyarakat tanpa tunai.


Dalam pada itu beliau berkata Kementerian Kewangan juga bersedia untuk melaksana segera pemberian e-tunai tersebut dan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bantuan RM200 kepada pesara kerajaan seperti yang diumumkan Perdana Menteri hari ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page