top of page

E-penghantaran: Ahli Parlimen Lembah Pantai sokong agensi Skidoo



Pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid 19 memerlukan usahawan muda merancakkan kembali sektor perniagaan yang malap hampir 2 tahun dalam rejim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.


Salah satu enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia adalah perkhidmatan penghantaran barangan yang mula mendapat tempat ketika PKP dan lockdown.


Namun kerana caj penghantaran yang tinggi dan merupakan faktor negatif kepada peniaga-peniaga kecil membuat sekumpulan anak muda menubuhkan syarikat penghantaran Skidoo yang menawarkan kos lebih rendah dan usaha itu disokong kuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.


Dalam ucapan memperkenalkan Skidoo kepada media semalam, Fahmi memberi pengharapan bahawa Skidoo tidak sebagaimana syarikat lain dan mempunyai tekad untuk menguasai pasaran di seluruh negara.


"Saya lihat senario waktu sektor ekonomi mula dibuka, kita nampak perkhidmatan e-dagang sudah mula dibuka, banyak yang menjual dan hantar barang ke sana sini. Kemasukan syarikat Skidoo, saya rasa boleh merancakkan lagi pasaran e-penghantaran.


"Agak menarik bagi saya yang diusahakan Skidoo ini ialah harga yang kompetitif dan bayaran agak baik untuk para pemandu (rider) yang ingin terlibat.


"Skidoo akan menyediakan perkhidmatan di kawasan Kuala Lumpur dan di Lembah Kelang. Kemudian akan dikembangkan ke kawasan lain di seluruh negara.


"Saya lihat banyak usaha syarikat baharu yang perlu kita bantu dan itu sebabnya saya dan rakan-rakan, kami tegaskan, perlu diberi bantuan dari segi panjaman dan geran terutama yang saya nampak ramai sebelum ini telah hilang kerja dan tutup kedai.


"Kalau kita nak memacu semula ekonomi maka pemangkin kepada syarikat-syarikat ini perlu lebih banyak. Saya berharap pihak Skidoo akan dapat lebih banyak insentif," katanya.


Tambah Fahmi, Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memperjuangkan pengwujudan peluang pekerjaan untuk anak muda dalam sesi Parlimen akan datang, terutama perbahasan Belanjawan 2022.


Sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, katanya, beliau sentiasa memberi galakan kepada perniagaan yang menyediakan peluang pekerjaan untuk anak muda. Malah katanya, pusat pencarian kerja yang diwujudkan di Parlimen Lembah Pantai juga telah berjaya mendapatkan pekerjaan kepada 30% daripada pemohon pekerjaan.


"Sebagai Ahli Parlimen di KL saya prihatin mengenai peluang pekerjaan. Malah pada 16 September tahun lalu kami telah membuka pusat mencari kerja untuk membantu pencari kerja. Sukacita saya kongsi, setakat ini pusat kerja ini lebih kurang 30% yang mendapat kerja tetap.


"Saya percaya dengan Skidoo kami berkerjasama dan Skidoo akan memberi latihan secara kerjasama kepada pusat kerja kami.


"Saya harap banyak syarikat akan kita lahirkan pada pasca Covid. Yang penting kita beri peluang kepada syarikat ini untuk mereka bertapak," katanya.


Fahmi dalam sidang media di pusat khidmatnya itu melancarkan perkhidmatan Skidoo yang boleh dilanggan melalui pautan: wwwskidoo.com.my

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page