top of page

E-Dereg diperkenal, tangani isu kenderaan terbiar



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan sistem pembatalan pendaftaran kenderaan motor secara atas talian yang dikenali sebagai e-Dereg.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata sistem e-Dereg diwujudkan sebagai usaha menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan

Ia membolehkan mana-mana pemilik berhasrat melupuskan kenderaan motor melengkapkan proses pembatalan pendaftaran kenderaan itu secara dalam talian dalam tempoh kurang sejam, tanpa perlu hadir di kaunter JPJ lagi.


"Inisiatif ini melibatkan kenderaan motor yang tidak akan digunakan lagi atas apa-apa sebab termasuklah telah rosak kekal atau telah tidak lagi ekonomi untuk dibaiki atau digunakan di atas jalan," katanya dipetik FMT selepas melawat pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF) di Bandar Teknologi Kajang.


Mengulas lanjut mengenai inisiatif itu beliau berkata, bagi memastikan kenderaan motor dilupuskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), pelupusan kenderaan melalui sistem ini hanya dibenar dilaksanakan di mana-mana AATF dilesenkan JAS sahaja.


"JAS telah beri 10 lesen AATF secara keseluruhan, namun lapan fasiliti belum diaktifkan, jadi saya nak gunakan ruang ini untuk menggalakkan AATF yang telah diberikan lesen segera aktifkan fasiliti mereka, kita mahu fasiliti ini berada di seluruh negara," katanya.


Loke berkata di Selangor misalnya, terdapat puluhan ribu kenderaan terbiar di kawasan-kawasan perumahan dan tepi jalan yang menimbulkan aduan orang ramai serta merosakkan alam sekitar.


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula tidak boleh sewenang-wenangnya melupuskan kenderaan berkenaan, kerana perlu melalui proses yang panjang seperti penghantaran notis, penarikan kenderaan ke depoh dan permohonan kepada mahkamah untuk melupuskan kenderaan.


Beliau berkata masalah ini semakin menjadi-jadi, sekali gus menunjukkan kepentingan sistem e-Dereg bagi membolehkan pemilik membatalkan pendaftaran kenderaan secara sah dan cepat, berbanding hanya membiarkannya tersadai atau menjualnya di kedai besi buruk.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page