top of page

'Duta Madani' pupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat agar semua murid sekolah berperanan sebagai 'Duta Madani' dalam usaha memupuk semangat perpaduan.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata melalui langkah itu beliau percaya ia akan dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju perpaduan di peringkat sekolah dan integrasi kaum.


"Hari ini saya mengisytiharkan bahawa semua anak-anak yang telah membuat persembahan dan berpartisipasi dalam festival ini sebagai Duta Madani di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"KPM sangat komited dalam mengangkat agenda Madani dan Duta Pendidikan Madani ini bagi menggagaskan agenda masyarakat Madani yang inklusif, keutuhan perpaduan dan integrasi kaum untuk terus dipugar dalam agenda pendidikan Madani.


"Anak-anak sekolah yang dilantik sebagai Duta Madani Perpaduan ini dari masa ke semasa akan dibawa untuk bersama berkongsi dengan negeri-negeri lain juga berkaitan dengan potensi (bakat) dan juga bagaimana untuk terus jadi Duta Madani di peringkat sekolah," katanya.


Fadlina sebelumnya ditemui media selepas merasmikan festival Semarak Ilmu Tahun 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sentul semalam.


Tambah Ketua Wanita KEADILAN itu, beliau mendapat inspirasi mencetuskan 'Duta Madani' peringkat kementerian di kalangan pelajar melalui festival yang diadakan tersebut.


Justeru katanya KPM akan perluaskan inisiatif itu dan lebih ramai duta akan diumumkan dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri lain dari semasa ke semasa.


"KPM akan teruskan program seperti ini dalam usaha memupuk perpaduan dan juga pembinaan negara Madani dan pengukuhannya melalui program sebegini," katanya lagi.


Festival Semarak Ilmu Tahun 2023 diadakan bagi mengetengahkan bakat , kreativiti serta potensi murid-murid sekolah di daerah Sentul menerusi pelbagai aktiviti, antaranya, persembahan daripada johan bercerita, tarian rakyat dan tradisional, koir, deklamasi sajak, bicara berirama, gamelan dan anglung.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page