top of page

DUN Tiram anjur kursus pengurusan pilihan raya



Bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 semakin terasa bagi Pakatan Harapan dan KEADILAN Johor.


Sehubungan itu, baru baru ini KEADILAN DUN Tiram menganjurkan kursus pengurusan pilihan raya peringkat DUN yang diadakan di TS Hotel, Taman Scientex dekat Pasir Gudang.


Menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, S Gopalakrishnan, kursus sehari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 108 peserta dan dirasmikan oleh Pengerusi MPN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.


"PRU15 semakin terasa dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kami bersiap siaga dengan menubuhkan suatu jawatankuasa pilihan raya dengan beberapa biro serta unit diwujudkan untuk melicinkan lagi pergerakan jentera ketika pilihan raya berlangsung kelak.


"Dengan adanya majlis sebegini, ilmu dan strategi oleh wakil JPRN dan para panelis melalui pengalaman mereka disampaikan kepada para peserta yang akan memikul tanggungjawab ini demi parti KEADILAN ini," katanya yang juga ADUN Tiram.


Turut serta dalam majlis berkenaan adalah Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pilihanraya Negeri Johor, Aminuddin Alias dan Ketua Penerangan KEADILAN Johor Md Ysahrudin Kusni.


Majlis Majlis dipengerusikan oleh Zaidi Zakaria Setiausaha JPRD Tiram dan turut dibantu Azizan Noh, Pengerusi JPRD Tiram.


Majlis diakhiri dengan penyampaian plak dan sijil penyertaaan dan menandakan secara rasminya jawatankuasa pilihan raya diwujudkan.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page