top of page

DUN Terengganu Tolak Akta Laut Wilayah 2012 hipokrit - AMK T'ganu



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan DUN Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 baru baru ini merupakan hipokrasi memandangkan ketika Pas memerintah Kerajaan Persekutuan sebagai komponen PN (2020 - 2022), hal itu tidak dibangkitkan sama sekali.


Oleh itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu menyifatkan keputusan ADUN ADUN Pas menolak akta tersebut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu sebagai tidak munasabah.


Ketua Penerangan AMK, Wan Muhamad Haikal Wam Ghazali berkata, langkah yang dibuat oleh kerajaan Pas itu dilihat hanya sekadar memperdayakan rakyat Terengganu.


Katanya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pas dari negeri itu yang membantah rang undang-undang tersebut ketika ianya dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 2012.


"Ketika 2012 seramai 21 Ahli Parlimen Pas berada di Dewan Rakyat sewaktu rang undang-undang Akta Laut Wilayah 2012 dibahas. Tiada seorang pun bangun membantah termasuk Ahli Parlimen Marang.


"Mungkin MB Terengganu perlu bertanya tentang isu ini kepada presiden beliau," katanya.


Malah jelas beliau, tatkala Pas menjadi Kerajaan Persekutuan selama 33 bulan tetap tiada sebarang perubahan dilakukan kepada akta tersebut untuk membenarkan Terengganu mendapat royalti petroleum yang dijamin Perlembagaan.


Sehubungan itu, Haikal berpandangan, peluang yang dipersia-siakan itu sewajarnya dipersoalkan kepada pimpinan Pas Terengganu yang menjawat Menteri pusat dan bukannya menunding jari kononnya Kerajaan Madani zalim kerana gagal mengiktiraf hak royalti Terengganu pada ketika ini.


"Semasa Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan selepas Langkah Sheraton, kenapa isu ini tidak dibangkitkan? Ketika itu MB Terengganu pun orang yang sama, yang menjadi hero dalam isu ini," katanya.


Terdahulu, persidangan DUN Terengganu ke-15 sebulat suara meluluskan usul menolak Akta Laut Wilayah 2012 kerana dilihat telah menafikan hak negeri itu untuk menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) sahaja dari garis air surut wilayah negeri berkenaan.


Susulan itu Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan baru-baru ini menegaskan, Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, selain menambah ia telah dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page