top of page

DUN Seri Setia siap sedia hadapi banjir - Halimey



Banjir yang akan melanda negara pada hujung November 2022 ini mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, memerlukan persediaan rapi untuk menghadapinya agar malapetaka sebagai mana hujung tahun lalu tidak berulang.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, beliau telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung persiapan menghadapi banjir di DUN berkenaan.


"Seri Setia ada 2 kawasan yang hadapi banjir, iaitu di Taman Mesra dan juga TTDI Jaya.


"Saya sering berhubung dengan pihak JPS. Di TTDI kita ada pasukan task force terdiri daripada mereka yang tinggal di TTDI Jaya, mantan Pengarah JKR, JPS dan beberapa berpangkat lagi yang tinggal di sana.


"Kita juga adakan mesyuarat dengan JPS. Mereka membantu JPS dan pihak MBSA. Kita cuba ikhtiar masalah dari terjadi.


"Di Taman Mesra melibatkan pam air seharusnya berfungsi dengan baik. Di Taman Mesra ada 4 - 5 pam yang diselenggara oleh pihak MBSA dan ini kena pastikan sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri kepada bakal haji muasasah di Kelana Jaya, semalam.


Berhubung bantuan RM500 kepda bakal haji muasasah, Ketua Penerangan KEADILAN Selangor itu berkata, majlis tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada 40 bakal haji di DUN Seri Setia.


"Program ini kita sampaikan sumbangan dari Kerajaan Negeri kepada jemaah haji dan Seri Setia menganjurkan program ini untuk pengundi di sini, kepada 40 orang.


"Di Kelana Jaya ikut semakan kita, jemaah haji ini ada yang persendirian dan bukan guna muasasah. Jadi kita ambil kira dari peraturan Kerajaan Negeri bahawa RM500 diberikan kepada muasasah sahaja," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page