top of page

DUN Sentosa siap sedia hadapi musim banjir



Terkesan dengan banjir besar yang melanda DUN Sentosa dan daerah Klang, Selangor pada Disember 2021 lalu, Ahli Dewan Negeri Sentosa (ADN) Dr Gunaraj George (gambar, kanan) melakukan persiapan rapi menghadapi musim tengkujuh tahun ini.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat DUN Sentosa, kerja kerja mendalam dan membaiki longkang serta perparitan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.


"Segala persiapan dibuat rapi pada musim tengkujuh bagi mengelakkan banjir. Info yang diberi oleh Persatuan Penduduk membantu kami Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa untuk berhubung dengan Ahli Majlis Kawasan N48B Prabu Munusamy mendapatkan bantuan Jabatan Taman Majlis Perbandaran Klang bagi mencantas pokok dan akar yang menghalang saliran utama air keluar ke longkang monsun.


"YB Dr. Gunaraj George turun memantu kerja kerja pemangkasan pokok dan memastikan saliran air lancar dan kerja pembersihan dibuat dengan sempurna," kata kenyataan itu.


Pusat Khidmat DUN Sentosa mengucapkan penghargaan kepada Tuan Jasmi, En. Dass serta pasukan Jabatan Taman MPK di atas kerja yang disempurnakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page