
Mendidik masyarakat supaya menjadi pembersih atau tidak mengotorkan kawasan sekitar bukanlah usaha yang mudah.
Namun hal itu menjadi tekad Pusat Khidmat DUN Sentosa yang menganjurkan kempen Clean & Green sejak 3 tahun lalu.
Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George berkata pada tahun ini kempen kebersihan dan kehijauan itu diadakan mulai 1 April sehingga 30 Mei dengan lebih banyak program diatur.
"Program Clean & Green adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat khususnya di DUN Sentosa dengan kerjasama persatuan penduduk, gabungan NGO dan Ahli Majlis Perbandaran Klang serta MBSA, juga NGO rumah ibadat pelbagai agama
"Kempen ini telah kita anjur selama 3 tahun. Kita dapat maklum balas yang baik kerana kami berpendapat kalau tidak ada penglibatan penduduk memang kita ada masalah (untuk pastikan kawasan bersih)," katanya dalam sidang media semalam.
Antara kejayaan kempen tersebut, kata Dr Gunaraj, salah satunya di tapak pembuangan sampah haram di Jalan Kebun, Shah Alam.
Katanya, masyarakat di situ lebih senang membuang sampah di tepi jalan dan membakarnya.

Namun dengan kempen berkenaan masyarakat disedarkan perlunya membuang sampah di tempat yang betul dan kini kawasan itu telah menjadi kebun komuniti yang hasil sayur sayurannya memberi manfaat kepada 50 peserta.
Pada tahun ini, kata Dr Gunaraj, banyak aktiviti disediakan termasuk kepada pelajar sekolah bagi ditanamkan nilai kebersihan sejak dari awal.
"Tahun ini kita ada banyak aktiviti, pendidikan dan kesedaran dengan kerjasama sekolah. Tahun ini ada 4 sekolah untuk menjayakan program kita. Program kesedaran kalangan murid.
"Mereka diberi peranan bawa barang barang recycle. Bawa ke sekolah dan kita beri kupon cabutan bertuah, hadiah seperti basikal akan diberikan.
"Sekolah KAFA juga mengambil bahagian. Semua sampah recycle kita jual dan wangnya diberi balik kepada PIBG sekolah masing masing.
"Untuk tahun ini 15 aktiviti akan dijalankan. Kita lancarkan program beri semburan aerosol dengan kerjasama pusat kesihatan Klang di kawasan hotspot denggi.
"Kita juga anjur kempen guna tong sampah terutama di kedai komersial, mereka selalu ikat kampit plastik dan di letak tepi jalan, kalau anjing cari makan dia koyakkan plastik," katanya.
Salain itu, DUN Sentoa juga, kata Dr Gunaraj menjalankan aktiviti menanam pokok dan mencantikkan pinggir jalan. Katanya, sebanyak 500 pokok telah ditanam hasil sumbangan syarikat dan orang ramai.
Comments