top of page

DUN Sabah bubar, percubaan rampasan kuasa gagal




Percubaan pemimpin pro Perikatan Nasional yang diketuai Musa Aman untuk menggulingkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal gagal apabila Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri


Shafie yang menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) pada pukul 10 pagi tadi memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan dalam tempoh 60 hari.


"Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).


"Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan," katanya dipetik dalam sidang media khas di Pusat Pentabdiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.


Shafie, dengan pembubaran itu beliau akan menjadi ketua menteri sementara sehingga PRN diadakan.


Pembubaran ini menamatkan teka-teki siapa bakal Ketua Menteri baharu apabila pemimpin Umno Musa Aman semalam mendakwa pihaknya mendapat majoriti tipis untuk membentuk kerajaan negeri baharu.


Kejayaan Shafie membubarkan DUN sebelum ahli politik Perikatan Nasional mengangkat sumpah merupakan tamparan memalukan kepada PM Muhyiddin Yassin dan Umno Sabah yang gagal merancang strategi sebaik mungkin.


PRN juga bakal menyaksikan karier politik Musa Aman berakhir sekiranya Shafie menang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, sekaligus mewujudkan tsunami anti-Semenanjung dalam PRN Sarawak yang akan diadakan pada 2021.


PRN Sabah akan mempertandingkan 73 kerusi berbanding 60 pada pilihan raya Mei 2018, selepas Dewan Rakyat meluluskan tambahan 13 kerusi pada Julai 2019

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page