top of page

DUN Sabah bubar, beri laluan PRN Sabah ke 17

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 6
  • 1 min read

ree

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah secara rasminya dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah atau lebih mudah disebut PRN Sabah ke 17.


Perkara tersebut diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada sidang media khas di Menara Kinabalu, di Likas sebentar tadi selepas Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman memberikan perkenan membubarkan DUN.


"Memandangkan tempoh lima tahun DUN Sabah Ke-16 akan berakhir, saya telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada pagi ini untuk menasihatkan mengenai pembubaran DUN


"Dengan perkenan Tun Musa, DUN Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, untuk memberi laluan kepada PRN17 dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah memggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimimpin mereka.


"Ini mencerminkan komitmen kami terhadap demokrasi dan proses perlembagaan," katanya yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipetik.


Susulan pengumuman itu, Sabah akan mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari dari sekarang.


Untuk rekod, DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi adalah Ahli DUN yang dilantik.


PRN Sabah Ke-16 pada 2020 menyaksikan GRS yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan PBS serta sokongan Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan Sabah dengan memperoleh 42 daripada 73 kerusi dipertandingkan.


Berdasarkan keputusan PRN Sabah 2020, Pakatan Harapan (PH) diwakili KEADILAN menang 2 kerusi, DAP (6) dan UPKO (1).


PH bersama GRS membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang bertahan sehingga pembubaran DUN hari ini.


Dalam PRN ke 17, PH bersetuju membentuk kerjasama dengan BN dan GRS. Bagaimanapun BN tidak menjalinkan kerjasama dengan GRS.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page