top of page

DUN Pelabuhan Klang, syarikat swasta sumbang 1,000 kampit beras



Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri semalam melancarkan sumbangan beras percuma kepada masyarakat B40 di kawasannya.


Sumbangan itu hasil kerjasama dengan sebuah syarikat makanan kucing, Misha.


"Pejabat saya bersama pejabat Misha, kita mengadakan program bentuan beras percuma sebanyak 1,000 kampit kepada golongan B40 di DUN Pelabuhan kelang.


"Hari pelancaran ini kita beri 30 orang dulu, dan selebihnya kita serahkan kepada golongan itu yang boleh datang ke pejabat untuk mengambil beras.


"Program ini sekurang kurangnya dapat meringan beban golongan B40 dalam suasana ekonomi yang tidak menentu," katanya dalam sidang media semalam.


Menurut Azmizam, sumbangan beras itu adalah bagi mengurangkan kos kehidupan golongan B40 di kawasan beliau.


"Kita sedia maklum harga beras dah stabil tetapi masih ada masalah di pasaran. Dengan beras percuma ini akan dapat meringankan beban mereka.


"Misha sebelum ini pun telah banyak memberikan bantuan kepada golongan memerlukan. Program adalah baik kerana setiap hari saya menerima permohonan bantuan kemasyarakatan, khususnya makanan keperluan asas," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page