top of page

DUN Paya Jaras anjur saringan Covid 19 percuma, 3000 mendaftar


DUN Paya Jaras melaksanakan ujian saringan Covid 19 percuma semalam dan mendapat 3,000 pendaftaran untuk saringan.


Menurut Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras Tengah bermula 9 pagi sehingga 4 petang.


"Mengikut maklumat SELCARE, dianggarkan hampir 3,000 individu di sekitar DUN Paya Jaras terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mendaftar untuk mengikuti program ini.


"Maklumat ini diperoleh berdasarkan pendaftaran yang dibuat menerusi aplikasi SELangkah bagi memudahkan urusan ujian saringan serta meminimumkan kontak di pusat saringan," katanya.


Selain itu, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan itu lagi, Pejabat Wakil Rakyat DUN Paya Jaras juga ada membuka kaunter pendaftaran bagi individu yang tidak mendaftar di aplikasi SELangkah.


"Keputusan ujian saringan ini akan dihantar dalam tempoh 24 jam menerusi aplikasi SELangkah.


"Jika keputusan saringan adalah positif, peserta perlu kuarantin kendiri sehingga dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau terus menghubungi PKD di kawasan masing-masing," katanya lagi.


Menurut beliau, Pejabat Wakil Rakyat DUN Paya Jaras telah membantu sebanyak 102 keluarga yang mana ahli mereka didapati positif Covid-19 dalam tempoh dua minggu lalu dengan menyalurkan sumbangan barangan asas seperti beras, minyak, gula, susu dan lain-lain.


Bagi bantuan Perintah Kawalan Pergerakan pula, katanya, Pejabat DUN telah menjalankan 9 program untuk membantu lebih 10,000 penduduk yang terjejas sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page