top of page

DUN Negeri Sembilan bersidang minggu pertama bulan Ogos

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jun 24, 2021
1 min read

Dewan Undangan Negeri Sembilan dijangka mengadakan persidangan buat pertama kali tahun ini, iaitu dalam minggu pertama bulan Ogos.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


“DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah perkenan untuk merasmikan Persidangan DUN Negeri Sembilan pada minggu pertama Ogos ini.


“Setiausaha DUN akan menghantar notis kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri.


“Persidangan DUN akan diadakan secara bersemuka,” katanya dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco yang diadakan secara maya.


Katanya lagi, sidang itu akan diadakan sesudah darurat ditamatkan dan kerajaan negeri melalui jabatan-jabatan berkaitan bakal bersiap sedia melaksanakan sidang tersebut.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page