DUN Lendu perlukan Asri, anak muda tiada beban politik perkauman



DUN Lendu merupakan kubu Umno-BN sejak sekian lama. Namun kesedaran politik mula dirasakan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


Bagi jentera dari KEADILAN Wilayah Persekutuan, khususnya Cabang Wangsa Maju, seminggu membantu calon DUN Lendu, Asri Ibrahim berkempen terasa akan wujud gelombang perubahan dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.


Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai berkata, masyarakat bukan Melayu kelihatannya memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Harapan (PH). Oleh kerana sokongan Melayu dijangka berpecah akibat pertembungan BN dan PN, katanya, undi bukan Melayu akan menjadi penentu kemenangan


Tambahan pula, imej Asri sebagai profesional muda dan anak jati kawasan berkenaan yang pastinya maklum masalah penduduk setempat.


"Melalui kempen beberapa hari ini, saya mendapat respon yang positif dari masyarakat India berkenaan dengan watak Asri yang profesional.


"Beliau boleh menjadi ADUN yang baik. Saya menyeru rakan-rakan di Melaka untuk memberi sokongan kepada Asri Ibrahim, calon nombor 2, N04 Lendu," katanya.


Asri bertanya khabar pengundi Lendu dalam kempen tidak langsung di majlis jamuan

Manakala seorang pengundi bukan Melayu, Jeeva, yang tinggal di Seri Lendu pula mengharapkan Asri menang kerana beliau tidak ada beban politik perkauman, dan akan membawa gaya pentadbiran baharu di DUN berkenaan.


"Anak muda yang berpotensi wajar diberi peluang. Sekurang-kurangnya, partinya mengamalkan semangat muhibbah dan pernah menunjuk prestasi baik dalam 22 bulan pentadbiran," katanya.


Selain daripada kempen dengan Prosedur Operasi Piawai yang ketat, Asri dan pasukan juga telah dijemput ke sebuah majlis rumah terbuka Deepavali penduduk di Seri Lendu pada 14 November lalu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Andre yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, pengundi Lendu perlu memberi peluang kepada politik baharu bertapak di Melaka.


Manakala beliau dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew akan sentiasa berulang alik ke DUN berkenaan untuk membantu kempen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER