top of page

'DUN Kedah tolak peluasan SST, Kerajaan Negeri naik tarif air'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 25
  • 2 min read

ree

Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan usul membantah semakan semula peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikecam Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.


Beliau menyifatkan usul tersebut hanyalah sebagai “gimik politik murahan” bagi menutup kelemahan Kerajaan Negeri pimpinan Pas-Perikatan Nasional.


Katanya, tuduhan kononnya rakyat marhaen terbeban akibat peluasan SST adalah pembohongan semata-mata kerana cukai berkenaan hanya dikenakan pada barangan mewah.


"Beras, minyak masak, gula, tepung, sayur dan ikan tidak terlibat langsung. Jadi hujah kononnya rakyat marhaen terbeban adalah pembohongan semata-mata.


"Masalah sebenar rakyat Kedah ialah keputusan Kerajaan Negeri sendiri pimpinan Menteri Besar Mohamad Sanusi dan Pas yang menaikan tarif air dan premium tanah yang semakin menekan petani, peneroka kecil, malah pemaju kecil. Dua isu ini langsung tidak ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.


Mahfuz menegaskan bahawa isu kenaikan tarif air dan premium tanah jauh lebih memberi kesan kepada rakyat, khususnya petani, peneroka kecil dan pemaju tempatan.


"Kalau benar (kerajaan Pas) prihatin, mengapa diam seribu bahasa bila rakyat mengeluh tentang air dan premium tanah?


"Kenapa kenaikan Ini dikatakan tidak bebankan rakyat sedangkan semakan semula SST untuk barang mewah. Adakah ADUN Kedah merupakan pengguna barang mewah yang dinaikan SST? Nampaknya ADUN Pas-PN DUN Kedah bukan ketahuan kepala ekoq," sinis Mahfuz.


Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun kelulusan tarif air melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) namun keputusan untuk menaikkan kadar tetap bergantung kepada Kerajaan Negeri.


"Kerajaan Kedah pimpinan MB Sanusi hanya tahu mempersoalkan semakan semula SST yang dikenakan pada barangan mewah.


"Tak salah nak naik (air, premium tanah) tapi jangan hanya pandai menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan semak semula SST untuk pulangkan kembali pada rakyat khususnya asnaf dan B40. Kerajaan Kedah pulangkan apa?" soal Mahfuz.


Beliau menyifatkan usul DUN Kedah itu tidak lebih daripada cubaan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang berpunca daripada dasar Kerajaan Negeri Pas-PN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page