top of page

DUN Johor: BN tolak jawatankuasa kaji enakmen Anti Lompat Parti, tidak serius tangan 'katak politik'



Kerajaan BN Johor yang menolak penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan cadangan terhadap Enakmen Anti-Lompat Parti di peringkat Dewan Negeri Johor (DUN) dalam sidang DUN kelmarin perlu menjelaskan bilakah enakmen Anti Lompat Parti boleh dibentangkan.


ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern hairan melihat tingkah ADUN BN yang menolak usul tersebut tetapi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dikatakan mahu kepada enakmen berkenaan tidak pula menyatakan bilakah tarikh akan membentangkannya.


"Saya telah berbahas dan menyokong sebuah cadangan rundingan di bawah Peraturan Tetap 30 (2) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan cadangan terhadap Enakmen Anti-Lompat Parti di peringkat DUN Johor.


"Ini kerana sebagai pihak pembangkang, kami ingin menyelaraskan RUU Anti Lompat Parti melalui penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu. Namun ia ditolak secara majoriti dengan 37 ADUN tidak bersetuju, manakala 13 yang lain bersetuju supaya undian dijalankan.


"Menteri Besar Johor dan wakil BN mengatakan mereka menyokong RUU ini tetapi hanya menolak rundingan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat DUN.


"Persoalan saya adalah mengapakah Kerajaan Negeri telah membisu dalam soal membincang mengenai RUU tersebut sebelum pihak pembangkang mula membangkitkannya dalam sidang DUN," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Arthur Chiong lagi, dalam manifesto BN sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu, satu daripada 'Ikhtiar' menerusi 'Reformasi Politik' menjanjikan untuk memperkenalkan Enakmen Anti Lompat Parti.


Jadi di manakah janji Barisan Nasional kepada rakyat dalam PRN itu?


Malah katanya, janji MB Johor mahu membawa enakmen Anti Lompat Parti ke sidang DUN perlu kelihatan akan dilaksanakan segera, sekiranya tidak mahu penubuhan jawatankuasa atau hal hal yang BN anggap remeh ke arah pembentangan enakmen berkenaan.


"Kenyataan Menteri Besar Johor menegaskan mereka bersetuju melaksanakan enakmen Anti Lompat Parti. Oleh itu, Kerajaan Negeri Johor perlu bertindak segera dalam proses pelaksanaannya.


"Jika betul kerajaan mahu mengambil serius tentang isu "katak politik" jangan menangguhkan masa dan jangan buang masa dengan kenyataan-kenyataan yang bersifat hipokrit.


"Kerajaan Barisan Nasional Johor tidak perlu bersikap 'lidah bercabang' dalam hal ini. Tepatilah janji yang diberikan kepada rakyat. Buktikan melalui pelaksanaa sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 ini.


"Kenyataan demi kenyataan tidak membuahkan hasil untuk memerangi politik katak. Negeri Johor perlu menjadi perantis dalam pembaharuan politik," katanya Arthur Chiong lagi.


Sebagai wakil rakyat, katanya, beliau bertanggungjawab untuk bersuara demi rakyat bagi mengembalikan semula semangat perjuangan dalam arus perdana politik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page