top of page

DUN Bakar Arang anjur Jualan Rahmah untuk bulan keempat



Sejak Program Jualan Rahmah (PJR) dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kedah, Pusat Khidmat DUN Bakar Arang telah berjaya menganjurkan jualan berkenaan selama 4 bulan berturut turut.


Menurut ADUN Bakar Arang, Adam Loh, penganjuran itu merupakan satu rekod baik yang perlu dipertahankaan oleh pusat khidmat DUN berkenaan.


"Selama 4 bulan berturut-turut, pihak kami telah berjaya menyelaraskan Program Jualan Rahmah yang diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan hasil kerjasama antara KPDN Negeri Kedah untuk rakyat di kawasan DUN Bakar Arang.


"Ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi pihak kami di Pusat Khidmat ADUN Bakar Arang," katanya dalam kenyataan.


Justeru beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama serta memberikan sokongan serta bantuan bagi menjayakan program berkenaan.


"Pendekatan ini adalah salah satu inisiatif yang bertujuan memberi manfaat dan membantu meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi golongan yang memerlukan.


"Untuk bulan depan, pihak kami sedang menentukan 2 lokasi dan tarikh yang sesuai untuk meneruskan lagi Program Jualan Rahmah ini," katanya lagi.


Antara kawasan yang telah berjaya dianjurkan PJR ialah Taman Delima - 24 Julai, Taman Sejati Indah - 28 Julai, Taman Keladi - 5 Ogos, Taman Pekan Baru - 7 Ogos, Kampung Sg Pasir - 10 September, Taman Intan - 10 September, Taman Sri Wang - 15 Oktober, dan Taman Nilam - 15 Oktober.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page