top of page

Dulu 1 dollar Singapura sama RM1, sekarang jadi 3 dollar, sebab itu barang mahal - Mat Sabu




Kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS$) dan dollar Singapura (SD$) menyebabkan kedudukan ekonomi rakyat Malaysia menderita.


Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, negara mengimport banyak barang pengguna dari luar yang dibayar dalam dollar Amerika, menyebabkan harga barang dalam negara melambung.


Malah katanya, kos untuk mengerjakan haji di Mekah pun telah meningkat tinggi tetapi orang Melayu masih kurang faham perlunya menukar kerajaan kepada yang lebih baik.


"Sekarang kita lihat duit kita hari ini sudah RM4.75 untuk satu dollar Amerika


"Orang Melayu dok marah pergi Mekah mahal. Kita pergi Mekah mahal bukan kerana tambang (naik). Naik sikit saja, muasasah pun caj tak banyak.


"Yang menyebabkan jadi tinggi kerana duit kita jatuh. Masa saya pergi Mekah dulu RM100 wang Malaysia sama 145 riyal, sekarang RM100 kita 70 riyal. Jatuh lebih 60%.


"Kalau dulu muasasah minta AS$1,000, maka kita bayar RM2,500 sekarang kena bayar RM4,800.


"Macam itu lah tambang pergi, campur hotel dan sebagainya jadi sampai RM25,000 - RM30,000," katanya dalam ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Melaka, malam tadi.


Ahli Parlimen Kota Raja itu juga membandingkan nilai wang Malaysia dan Singapura yang setengah abad lalu sama nilainya tetapi hari ini telah turun 3 kali ganda.


Katanya, jemaah haji di Singapura hanya perlu menambah SD$1,000 dalam 40 tahun tetapi jemaah Malaysia menambah RM15,000.


"Orang Singapura, duit kita dulu RM1 sama dengan SD$1 tahun 1970an. Mereka pergi Mekah dulu SD$ 6,000 sekarang SD$7,000 dolar. Sepatutnya kita pergi Mekah sekarang RM7,000 tetapi duit kita jatuh banding singapura 3 kali ganda.


"Ringgit kita jatuh sebegitu rupa dan Tengku Razaleigh kata bulan Disember ini AS$1 bersamaan RM5. Harga barang akan naik, makanan ayam naik, harga besi naik.


"Maka harga rumah pada 1988 dulu, saya keluar ISA, isteri saya beli rumah harga RM90,000. Sekarang boleh dapat harga itu di Shah Alam? Tobat. Sekurang kurangnya setengah juta atau RM800,000 kerana harga besi, simen semua naik. Kenapa naik, duit kita jatuh. Kalau tak faham juga, berat," katanya.


Sehubungan itu, Mohamad menyeru agar perubahan dibuat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan rakyat mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Namun usaha untuk memastikan Anwar sebagai PM haruslah bersungguh sungguh mengajak orang di sekeliling turut sama mengundi Pakatan Harapan.


"Datuk Seri Anwar lebih daripada layak jadi PM tetapi bagaimana nak jadikan anwar PM? Kita kena menang parlimen di Kota Melaka, Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Muar, Batu Pahat, Tampin, Seremban. Bila cukup 112 maka 20 November pukul 10 pagi Anwar akan angkat sumpah sebagai PM Malaysia.


"Ini cakap Anwar layak jadi PM tiba tiba Alor Gajah kalah. Anwar layak jadi PM, Kota Melaka kalah. Kalau nak jadi PM kena menang 112 kerusi," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page