top of page

DuitNow QR: BNM umum pengeculian MDR ke atas peniaga dilanjut



Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan pengecualian kadar diskaun pedagang (MDR) dilanjutkan ke atas 75% peniagaan yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow

"Bank-bank utama dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terpilih, yang menguruskan 75 peratus perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR pada masa ini, telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.


"Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.


"DuitNow QR tetap menjadi kaedah pembayaran yang mampu milik dan menjimatkan kos. Bagi pelanggan individu, penggunaan DuitNow QR untuk membuat pembayaran tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.


PayNet pada Khamis mengesahkan bahawa vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.


Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000 adalah untuk pemindahan dana rakan setara (P2P) dan tiada kaitan dengan pembayaran kepada peniaga.


"Caj untuk MDR dan fi 50 sen tidak akan dikenakan untuk transaksi sama dalam apa jua keadaan.


"Adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa fi 50 sen dikenakan untuk pembayaran yang dibuat kepada peniaga. Ia juga tidak betul untuk mendakwa bahawa MDR dicaj untuk pemindahan dana menggunakan kod QR peribadi," kata Paynet.


Sementara BNM dalam kenyataan sama menjelaskan, sebarang caj transaksi yang dikenakan kekal rendah seperti yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit, atau lebih rendah daripada caj tersebut.


Menurut BNM, perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan bagi saluran berasaskan kad atau kos tambahan untuk overhead dan pentadbiran bagi mengendalikan pembayaran tunai.


"BNM terus memberikan komitmen penuh bagi menyokong penerapan pembayaran digital secara meluas di Malaysia melalui ekosistem pembayaran yang memberangsangkan, selamat dan inklusif, yang juga mampan untuk jangka panjang," tambah kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page