top of page

Dua wanita Naib Presiden dilantik, strategi terbaik meningkatkan keyakinan rakyat



Perlantikan dua wanita Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Saraswathy Kandasamy sebagai Naib Presiden dilantik boleh menjadi srtategi terbaik dalam memartabatkan wanita sebagai pimpinan pembuat keputusan.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar, langkah tersebut cukup penting bagi mengarusperdanakan peranan wanita dalam kepimpinan induk parti yang akan dilihat sebagai satu penghormatan kepada kepimpinan wanita.


"Selain itu dalam Pemilihan KEADILAN 2022 seramai 4 orang wanita telah memenangi pemilihan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) daripada jumlah 20 jawatan yang ditandingi.


"Pengumuman perlantikan semalam juga telah menambah lagi dua orang Ahli MPP wanita. Jumlah wanita dalam MPP adalah 6 daripada 20 orang," katanya.


Tambah beliau, sebelum ini umum telah mengetahui KEADILAN merupakan parti yang mengutamakan penglibatan wanita dalam pimpinan tertinggi dengan adanya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti selama 20 tahun


Katanya, KEADILAN juga dikenali sebagai satu-satunya parti yang memperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan mengangkat martabat wanita, iaitu pada fasal:


“5.14. Mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya penglibatan tiga puluh peratus, demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara.”


Oleh itu, katanya, pemerkasaan penglibatan politik wanita di dalam parti politik pada peringkat kebangsaan, bukan sahaja dapat menambahbaik keadaan politik semasa, ia juga bakal menambahbaik masa depan, memandangkan dengan kewujudan wanita dalam arena politik akan mengubah pandangan masyarakat terhadap wanita kerana mereka dilibatkan dalam membuat keputusan di peringkat tertinggi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page