Dua, tiga kementerian buat benda sama, tiada penyelarasan



Pembaziran sumber tanpa penyelarasan apabila dua, tiga kementerian melakukan benda sama ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang dalam ucapan bahas RMK 12.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) berkata, masalah tersebut menyebabkan mutu pendidikan sukar ditingkatkan.


"Pendidikan masih sama cuma kemudahan tambahan. Tidak ada misalnya gabung kementerian, fokus tentang mutu pendidikan pastikan anak-anak miskin desa diberi kemudahan, pastikan pendidikan asas disamakan," katanya.


Anwar juga menyentuh mengenai program TVET yang boleh menyelesaikan masalah mismatch dalam perkerjaan dan pelajar disesuaikan bakat mereka dengan pendidikan.


"Ada penekanan agak besar tentang TVET tetapi yang tidak disebut ialah program tindakan hampir sama. Tidak ada penyelarasan. T


"Terkait tentang latihan dam mismatch. Ini boleh diselesaikan sebahagiannya melalui TVET dan sebahagiannya dengan penglibatan industri.


"Disebut secara umum dalam RMK tetapi saya tidak fikir ada transformasi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER