top of page

Dua projek PPR dibina di Johor - Akmal



Pembinaan 2 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dilaksanakan di Johor berdasarkan peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Belanjawan 2023 lalu.


Hal itu ditegaskan oleh Timbalan menteri KPKT, Akmal Nasir dalam jawapan di Dewan Negara petang tadi.


"Dalam Belanjawan Madani terbaru, telah diumumkan pembinaan PPR baru di setiap negeri iaitu peningkatan perancangan pembinaan PPR yang drastik oleh Kerajaan Perpaduan berbanding Belanjawan-Belanjawan sebelum ini.


"InshaAllah, terdapat dua projek PPR yang baru di Johor. Salah satunya dalam kawasan Parlimen Johor Bahru," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut memaklumkan telah melawat tapak yang dicadangkan untuk projek PPR berkenaan dan pelaksanannya akan dilakukan sesegera mungkin.


"Saya juga telah melawat tapak cadangan pembinaan PPR tersebut.


"Semoga membantu dan memberi manfaat besar buat warga Parlimen Johor Bahru yang memerlukan," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page