Dua pemimpin KEADILAN bantu Bersih failkan saman terhadap PM


Senator Dewan Negara, Mohd Yusmadi Yusoff dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam saman Bersih dan sejumlah NGO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kedua-duanya membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu dan diwakili pasukan peguam yang diketuai Malik Imtiaz Sarwar.


Ini bagi menyokong tindakan Bersih dan enam NGO memfailkan saman pemula terhadap Ordinan Darurat yang membolehkan penggantungan Parlimen sepanjang tempoh penguatkuasaannya yang melibatkan Seksyen 14 Ordinan Darurat pada 2 Februari lalu.


Menurut salinan afidavit sokongan bagi permohonan itu, Yusmadi berkata beliau dan Shamsul tidak dapat melaksanakan tugas membawa isu berkaitan kepentingan rakyat di Parlimen.


Beliau mendakwa penggantungan Parlimen telah menghalang mereka untuk memenuhi tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyoal dan membahas tindakan Eksekutif di Parlimen.


Yusmadi dan Shamsul juga berkata mereka bertanggungjawab untuk membahas dan mengundi proklamasi darurat dan Ordinan Darurat kerana Parlimen adalah institusi yang membolehkan semak dan imbang terhadap cabang Eksekutif.


"Sebagai Ahli Parlimen, Shamsul dan saya mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada rakyat Malaysia.


"Seksyen tersebut menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami.


"Oleh itu, isu-isu dalam saman pemula tersebut mempunyai kesan langsung ke atas Shamsul dan saya, terutama atas kapasiti kami sebagai Ahli Parlimen. Ia adalah wajar dan adil agar Shamsul dan saya dinamakan sebagai pencelah dalam prosiding ini," katanya.


Selain Bersih dan enam NGO tersebut, pihak lain yang telah membawa pengisytiharan darurat ke mahkamah ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga wakil rakyat pembangkang, dan Khairuddin Abu Hassan.


Bagaimanapun, semakan kehakiman tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari, telah ditolak pada 11 Mac lalu.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER