Dua keluarga daif yang hanya tinggal di sebuah pondok usang diziarahi oleh NGO Suara Madani baru baru ini.
Menurut NGO itu, dua keluarga di Kampung Guar Jumaat, Gurun tersebut telah berteduh di pondok selama hampir 2 tahun setelah rumah mereka dipukul ribut.
"Makcik Natzbah Harun (63 tahun) dan kakaknya, Siti Esa Harun, (66 tahun) dan ahli keluarga terpaksa tinggal berteduh di sebuah pondok yang cukup daif setelah rumah yang mereka diami sebelum ini mengalami kerosakan teruk pada struktur bumbung akibat kejadian ribut.
"Mereka yang juga merupakan ibu tunggal. Bersama anak-anak terpaksa membina sebuah pondok sebagai tempat perlindungan sementara sejak kejadian ribut berlaku," kata kenyataan NGO terbabit.
NGO berkenaan sedih apabila kedua dua keluarga berkenaan tidak mendapat sebarang pembelaan terutama daripada Kerajaan Negeri Kedah.
"InshaAllah, pihak Persatuan Suara Madani akan cuba usahakan sesuatu bagi membantu dua keluarga ini agar dapat tempat tinggal lebih sempurna," kata kenyataan itu lagi.
Suara Madani mengalu alukan orang ramai yang ingin membantu kedua keluarga tersebut. Sumbangan bantuan boleh dihulur melalui akaun bank: Persatuan Suara Madani, nombor akaun 0200641100058825, Bank Simpanan Nasional.
Comments