top of page

Dua kali naik harga belian padi bukti Kerajaan Madani bela pesawah - Dr Taufiq

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 14
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pelarasan semula harga lantai belian padi pada kadar RM1,500 per tan metrik berbanding RM1,300 sebelum ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam membela nasib pesawah khususnya di Kedah.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, dengan kenaikan itu pesawah bukan sahaja memperoleh pendapatan lebih baik malah memberikan jaminan ekonomi yang lebih stabil kepada golongan yang bergantung kepada industri padi sebagai sumber utama kehidupan.


"Penyelarasan ini yang merupakan kali kedua dalam tempoh dua tahun selepas kenaikan daripada RM1,200 ke RM1,300 pada 2023, jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pesawah selepas hampir sedekad harga lantai belian padi tidak berubah.

Dr Mohammed Taufiq Johari
Dr Mohammed Taufiq Johari

"Lebih penting, Kerajaan MADANI juga memastikan langkah ini tidak membebankan rakyat dengan memperuntukkan subsidi sekitar RM150 juta kepada pengilang padi bagi mengekalkan harga jualan maksima beras putih tempatan pada kadar RM2.60 sekilogram.


"Ini adalah pendekatan menyeluruh yang memastikan kesejahteraan pesawah dan rakyat terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) Kedah turut merakamkan penghargaan terhadap peranan BERNAS, khususnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang telah menunjukkan komitmen dalam membantu golongan pesawah dengan menyalurkan tambahan RM30 juta kepada pesawah miskin.


Katanya, inisiatif itu melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan bantuan terus sampai kepada mereka yang memerlukan.


"Sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pesawah, saya amat menyokong langkah ini dan akan terus memperjuangkan kepentingan komuniti pesawah agar kebajikan mereka sentiasa terjamin.


"Saya juga berharap agar lebih banyak langkah progresif seperti ini dapat diperkenalkan demi meningkatkan kesejahteraan sektor pertanian negara," katanya yang menyambut baik pengumuman penyelarasan harga lantai belian padi itu semalam.


Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pelarasan semula harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuatkuasa 16 Februari ini.


Selain itu, kerajaan turut mengekalkan harga beras putih tempatan pada RM2.60 sekilogram (kg) dengan kerajaan menyerap sebahagian kos pengeluaran sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page