top of page

Dua hari Tahun Baharu Cina dikecualikan tol

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 18, 2023
1 min read


Sempena Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Januari ini, Kerajaan Perpaduan mengumumkan tiada bayaran tol dikenakan untuk semua lebihraya bertol pada kedua dua hari tersebut.


Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas Pasca Mesyuarat Kabinet tengah hari tadi.


"Berita baik, Tahun Baru Cina, untuk itu Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan berbincang dengan syarikat konsesi bersetuju tentang ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Jan.


"Ramai yang akan pulang kampung, bukan sahaja Cina tetapi Melayu dan India. Nasihat kita jaga keselamatan jalan raya. Jaga peraturan dan jangan ulangi jumlah kemalangan yang meningkat bila perayaan," katanya.


Difahamkan pengecualikan tol itu melibatkan kos RM40 juta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page