top of page

Dua dekad perjuangan KEADILAN: Kenangan dan semangat



Dua dekad KEADILAN bagi mantan calon DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim, bukan sahaja penuh dengan jerih perih perjuangan tetapi kenangan peribadi bersama bapanya sebagai antara yang anggota terawal menggerakkan penubuhan KEADILAN di Kota Tinggi, Johor.


Menurut Fakharuddin yang mula menganggotai KEADILAN pada 2010, parti itu telah diikutinya sejak kecil seawal pemecatan Datuk Seri Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Katanya, pelbagai program telah beliau ikuti bersama bapa, dari ceramah hinggalah temurapat bersama pimpinan. Dari situ ia memberi semangat untuk menabur bakti bersama KEADILAN


"Saya telah memainkan pelbagai peranan sama ada sebagai sukrelawan hinggalah anggota biasa parti pada usia 22 tahun


"Dari seorang pemacak bendera, Agen Peti Undi (PACA), penampal poster dan pelbagai bentuk kerja-kerja sukarelawan, yang saya lakukan demi memastikan obor reformasi terus menyala, khususnya di Johor dan Kota Tinggi.


"Saya juga adalah pelanggan setia Suara Keadilan. Itu sahajalah daya usaha minima yang boleh dapat saya sumbang bagi perkembangan KEADILAN," katanya.


Menurut Fakharuddin lagi, setelah hampir sedekad menjadi anggota parti beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kota Tinggi (2018 hingga 2022), menjawat jawatan sebagai Setiausaha AMK Johor (2020 hingga kini) di peringkat negeri dan baru-baru ini, (Februari 2022) Parti Keadilan Rakyat telah memberi mandat kepadanya sebagai calon di N35 DUN Pasir Raja pada Pilihan Raya Negeri Johor.


"Dan maaf, saya telah gagal memenangi kerusi tersebut. Namun begitu, ianya bukan penamat buat saya berkhidmat kepada rakyat khususnya di DUN Pasir Raja. Insha Allah, khidmat saya buat rakyat pasti akan terus disusun dan digerakkan atas apa jua kapasiti.


"Selaku orang yang kerdil, saya mempunyai pandangan bahawa saya boleh memainkan peranan lebih besar dalam memastikan obor reformasi terus menyala. Pimpinan utama parti khususnya, Presiden, Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting menjaga parti khususnya di era pasca Langkah Sheraton, yang mengakibatkan kerajaan yang didirikan atas mandat rakyat, tumbang


"Saya akui, tugas saya masih belum mencukupi, khususnya dalam memastikan panji Keadilan terus dapat diyakini dan diterima oleh majoriti rakyat," katanya.


Fakharuddin berkata, beliau mempunyai pertimbangan bahawa KEADILAN mempunyai potensi untuk dikembangkan di kawasan luar bandar. Justeru beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Cabang bagi menambah baik strategi KEADILAN mendekati rakyat di Cabang Tenggara.


"Di usia parti KEADILAN menjengah usia 23 tahun, dan dengan semangat keazaman saya yang mahu terus berkhidmat buat parti Keadilan Rakyat, saya berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, untuk pemilihan parti bagi tahun 2022.


"Pertimbangan saya bahawa, KEADILAN mempunyai potensi untuk dikembangkan di kawasan luar bandar, namun harus memiliki gerak kerja dan gagasan yang tepat. Mudah-mudahan wawasan yang ingin saya bawa nanti diterima baik oleh anggota Keadilan Cabang Tenggara.


"Besar harapan saya ini, agar ikhtiar yang saya gerakkan ini dapat menyumbang sedikit kearah pemantapan parti, dan seterusnya dapat membantu mengurangkan beban presiden dan pimpinan yang lain," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page