'Dua dekad gaji tak berubah, harga makanan melambung'



Ekonomi Malaysia seolah olah tidak bergerak dalam tempoh 20 tahun apabila membicarakan mengenai kadar gaji.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, gaji yang dibayar oleh majikan 20 tahun lalu bagi graduan kejuruteraan sekitar RM2,000 sebulan dan pada hari ini jumlahnya sama, sedangkan harga makanan telah meningkat berkali ganda.


Oleh itu, katanya, gerakan Ayuh Malaysia tidak hanya akan bercakap mengenai skandal politik semasa tetapi juga cabaran hidup rakyat dan bagaimana untuk menanganinya.


"Kita kena baca tentang skandal, tetapi yang penting bagaimana kita boleh menyuarakan isu yang dihadapi rakyat biasa setiap hari.


"Isu ekonomi, isu sara hidup yang makin tinggi. Isu makanan yang makin mahal. Dulu saya graduan kejuruteraan bila keluar (universiti) 20 tahun lepas, gaji RM2,500. Hari ini bila saya tanya junior gaji berapa, ada yang gaji RM2,500.


"20 tahun gaji tak berubah tetapi harga nasi berubah, dulu RM3 sekarang RM8 pun dapat nasi bujang saja. Ini masalah hidup makin susah. Bukan sebab barang makin mahal tetapi gaji dan daya belanja kita tak meningkat.


"Dengan gaji yang ada, bila kita pergi ke Singapura, keluar negara dompet kita umpama mengecut, tak dapat belanja di negara lain," katanya dalam ceramah pertama kempen trak Ayuh Malaysia di Setiawangsa, malam tadi.


Tegas ADUN Semambu itu, kerajaan sedia ada tidak mampu memikirkan untuk memperbaiki keadaan ekonomi, malah harga barang meningkat pun begitu lambat untuk ditangani.


Kata Chean Chung lagi, kerajaan tidak cukup dengan menubuhkan jawatankuasa untuk menyelesaikan harga barang kerana banyak hal hal lain yang bersangkutan perlu turut sama diselesaikan seperti isu jaminan makanan.


"Itu sebabnya dalam Ayuh Malaysia kita nak wujudkan jaminan makanan, sekurang kurangnya kita tak perlu ikat perut jika berlaku ketidakstabilan, rakyat masih ada makanan.


"Menteri kita isu makanan biasa tak pandang. Bila harga ayam meningkat tubuh jawatankuasa ayam, bila harga lembu meningkat tubuh jawatankuasa daging lembu. Bila mesyuarat yang datang 60 orang. Seorang bercakap 5 minit. Kemudian apa pun tak buat. Ini yang kita hadapi sekarang.


"Justeru, dalam KEADILAN dan luar KEADILAN kita perlu gabungkan buah fikiran, mengubah dasar, bukan sahaja cakap skandal isu tetapi nak penyelesaian isu yang kita hadapi sekarang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER