KEADILAN Cabang Sandakan dan Batu Sapi, Sabah baru baru ini menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Batu Sapi.
Kedua dua Cabang KEADILAN itu diwakili ketua cabang dan AJK masing masing telah mendermakan pakaian kepada mangsa kebakaran yang terdiri daripada lebih 80 keluarga.
"Harapan kami sumbangan sekecil ini dapatlah mengurangkan kerisauan mangsa yang tiada pakaian," kata kenyataan KEADILAN Sandakan.
Menurut kenyataan itu, pakaian tersebut disumbangkan warga kampung Banting, Dandulit, Sungai Beruang dan Kg Kuala Gum Gum.
Ketua Cabang Sandakan, Aris Remigius dan timbalan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Rafiah Bakrin turut hadir dalam ziarah tersebut.
Kebakaran besar di Kampung Cenderamata baru baru ini melibatkan 416 mangsa termasuk kanak kanak dan dewasa. Bilangan rumah yang terlibat pula sebanyak 95 buah.
Comments