top of page

Dua ahli penasihat DBKL gegar pelancaran BGU DUN Sikamat



Gabungan dua Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru baru ini menyuntik semangat para petugas pada pelancaran jentera pilihanraya dan Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN Sikamat yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat di Taman Sikamat Jaya.


Datuk Afdlin Shauki Aksan dan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai (gambar, tiga dari kanan) hadir pada majlis pelancaran tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga ADUN Sikamat disertai kira-kira 250 jentera dan penduduk sekitar.


Amirudin dalam ucapan pelancaran itu berkata jentera kempen Pakatan Harapan perlu mempertahankan kemenangan di DUN Sikamat untuk kerajaan menyempurnakan lebih banyak lagi perancangan membantu rakyat di kawasan itu.


"Walaupun saya agak kurang turun padang sejak menjadi Menteri Besar pada 2018 tetapi saya pastikan pegawai-pegawai pusat khidmat memberi perkhidmatan terbaik kepada tuan-tuan dalam usaha kita menaikkan ekonomi negeri setanding dengan negeri maju lain dan banyak perubahan dapat dilakukan dalam tempoh lima tahun kita memerintah," katanya.


Sementara itu, Andre Lai yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dalam ucapannya berkata sebagai cabang angkat bagi DUN Sikamat, beliau akan memastikan jentera Cabang Wangsa Maju dapat membantu jentera tempatan sepanjang kempen PRN selepas penamaan calon kelak.


Manakala, Afdlin Shauki memberikan kata-kata semangat kepada jentera dengan menggalakkan mereka menguasai peperangan di media sosial, khususnya di peringkat DUN dan menerangkan isu isu pembangunan serta menjawab tuduhan tentera siber pembangkang.


Beliau yang juga produser filem dan pengarah beberapa produksi antaranya Super Spontan dan filem ‘Buli Balik’ itu turut menegaskan Kerajaan Perpaduan mesti dipertahankan di Negeri Sembilan.


Terdahulu pada ucapan pelancaran, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada warga Sikamat atas kerjasama dan sokongan berterusan yang diberikan kepada beliau dan pasukan pusat khidmat sejak menjadi ADUN pada 2008 sehingga kini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson kemudian menyampaikan bendera PH kepada ketua-ketua daerah mengundi dalam DUN sebagai gimik pelancaran yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live KEADILAN DUN Sikamat.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page