top of page

Dua ahli AMK tawar diri ambil suntikan vaksin untuk kajian klinikal


Dua ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menjadi individu yang pertama dan kedua dalam Malaysia yang menerima suntikan vaksin di peringkat kajian klinikal.


Ketua AMK Sabah, Raymond Ahuar berkata mereka adalah Adam Loh, Naib Ketua AMK Kedah serta saudara BK Tan dari AMK Sg. Petani.


"Saya difahamkan mereka telah menawarkan diri sebagai sukarelawan bagi menguji vaksin ini terlebih dahulu sebelum ianya diluluskan untuk kegunaan umum.


"Saya merakamkan rasa bangga dan kagum atas keberanian dua anak muda ini demi memastikan rakyat mendapat vaksin yang selamat digunakan. Ini merupakan pengorbanan yang sangat besar," katanya.


Raymond berkata, ia berbeza dengan pemimpin dari pihak kerajaan yang hanya lebih bercakap tapi tidak berani mengambil inisiatif apatah lagi mengambil risiko seperti ini.


"Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih mengutamakan perebutan jawatan dan laba politik berbanding berusaha menyelamatkan rakyat dari wabak Covid-19 yang kian teruk.


"Hari ini negara kita mencapai lebih 5,000 kes sehari walaupun bukan sahaja PKP malah darurat dikuasakan.


"Ini jelas memperlihatkan kegagalan kerajaan hari ini apatah lagi bila mereka masih belum dapat mencari jalan penyelesaian dan memperlihatkan keadaan semakin buruk ketika kebanyakan negara sudah mula bebas Covid-19.


"Malah di negara luar pemimpin nombor satu mendahului untuk menerima suntikan vaksin namun di Malaysia masih belum ada tanda vaksin akan tiba dalam masa terdekat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page