top of page

Drama menghairahkan di stesen televisyen, KKMM buat apa?



Tersebar di media sosial sedutan klip drama bersiri berbahasa Melayu berjudul 'Perempuan Itu' yang memaparkan pelakon utama Zul Ariffin dan Mimi Lana melakonkan aksi ghairah yang keterlaluan, dan dikatakan drama tersebut bakal disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan ini.


Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar tertanya tanya apakah drama yang gagal menghormati sensitiviti umat Islam itu melepasi garis panduan penyiaran di stesen media atau telah wujud peraturan baharu mengenai kategori bahan siaran yang memaparkan unsur unsur ghairah.

Drama Melayu seharusnya mempunyai jati diri Islam

"Adakah pihak penerbit dan pengarah drama serta pemilik stesyen televisyen iaitu Media Prima Berhad gagal memahami sensitiviti majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan menayangkan drama sebegini rupa pada bulan Ramadan yang mulia?


"Selain itu, adegan yang ditayangkan juga dikhuatiri akan memberi pengaruh buruk kepada golongan penonton kategori bawah umur 18 tahun," katanya.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sri Setia itu, drama yang melanggar adab dan tatasusila masyarakat Melayu hanya akan merosakkan pemikiran generasi muda, terutama dalam kalangan remaja Melayu yang memang telah sedia menghadapi masalah sosial sejak sedekad lalu.


Katanya, stesen penyiaran serta Menteri Komunikasi dan Multimedia perlulah bertindak agar stesen penyiaran lebih bertanggungjawab dan tidak hanya mengejar keuntungan atau meningkatkan pengiklan melalui program yang disiarkan.


"Sekiranya tidak ditangani segera maka tidak mustahil selepas ini lebih banyak drama dengan adegan tidak senonoh yang keterlaluan melibatkan pelakon beragama Islam akan diterbitkan demi meraih jumlah tontonan.


"KEADILAN Selangor dalam hal ini menggesa pihak berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan menyekat tayangan drama ini sehingga lulus tapisan, demi menjaga kesucian bulan Ramadan yang bakal tiba," kata Halimey lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page