top of page

Menteri Agama ziarah Mursyidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 days ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli (berbaju hitam) mendoakan agar Hashim Jasin kembali sembuh seperti sedia kala
Dr Zulkifli (berbaju hitam) mendoakan agar Hashim Jasin kembali sembuh seperti sedia kala

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.


Beliau berkata ziarah terhadap saudara seagama yang sedang sakit boleh menjadi peringatan tentang besarnya nikmat kesihatan.


"Di antara hak yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim itu adalah menziarahi saudaranya yang sakit.


"Kesihatan adalah nikmat yang sering kita lupa sehingga ia diuji," katanya dalam muat naik di media sosial.


Dr Zulkifli turut mengajak orang ramai bersama-sama mendoakan agar Hashim diberikan kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kesihatan.


"Sama-sama kita doakan agar Ustaz Datuk Hashim Jasin diberikan kesembuhan yang sebaik-baiknya, diangkat segala kesakitan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala," katanya.


Menurut beliau, setiap kesakitan yang dialami juga diharapkan menjadi penghapus dosa serta pengangkatan darjat di sisi Allah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page