top of page

Dr Zulkifli rasmi penutup sidang meja buat IAIS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 3
  • 1 min read

Dr Zulkifli (tengah) berucap sambil diperhatikan CEO IAIS, Dr Syed Azman Nawawi (kiri sekali)
Dr Zulkifli (tengah) berucap sambil diperhatikan CEO IAIS, Dr Syed Azman Nawawi (kiri sekali)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan kelmarin merasmikan penutup Sidang Meja Bulat Madani Muslim Minority NEXUS Global Forum anjuran Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) dan rakan strategik lain.


Menurut Dr Zulkifli, tiga panelis berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam sidang itu seperti Dr Anas Altikriti dari United Kingdom, Asst Prof Dr Anwar Komat, Thailand dan Dr Daud Batchelor dari Australia.


"Saya menyampaikan ucapan penutup dan berkongsi sedikit visi dan pandangan mengenai tajuk yang dibincangkan," katanya.


Sidang meja bulat tersebut merupakan antara 7 siri wacana intelektual ke arah penganjuran Muslim Minority NEXUS Global Forum yang akan diadakan pada hujung tahun ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page