top of page

Dr Zulkifli luncur tiga buka di PBAKL 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 2
  • 1 min read

Dr Zulkifli melancarkan tiga buah buku, dua di antaranya tulisan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Dr Zulkifli melancarkan tiga buah buku, dua di antaranya tulisan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan kelmarin diberi penghormatan meluncurkan tiga buah buku karya dua penulis.


Menurut Dr Zulkifli, beliau berbesar hati meluncurkan buku buku berkenaan yang dua daripadanya adalah tulisan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mantan Menteri Besar Kelantan yang dihormati sebahagian besar umat Islam di negara ini.


"Alhamdulillah, menerima penghormatan untuk meluncurkan tiga buah buku sekaligus di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di WTC KL," katanya dalam kenyataan.


Tiga buku yang diluncurkan itu adalah Edisi Kemas Kini "Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Surah Al-Fatihah"; "Siri Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Riba & Hutang Piutang dalam Muamalat"; dan "Buku Kaannaka Ma’ahu: Kembara Haji Nabi SAW, Seolah-olah Kamu Menunaikan Haji Bersama Baginda" terjemahan Ustaz Muhamad Ismail bin Abdullah dari karya asal Dr. Abdul Wahhab bin Nasir Al-Turayri.


"Saya sempat kupas ketiga-tiga buah buku ini secara ringkas.


"Tahniah Alam Rabbani Media Sdn Bhd dan semua yang terlibat," katanya.


Selain itu, Dr Zulkifli juga sempat meluangkan masa bersama keluarga mengunjungi beberapa buah reruai yang menjual buku-buku lama dan baharu tulisan beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page