top of page

Dr Zamil akan selesaikan masalah pajakan tanah di DUN Larkin



Masalah pajakan tanah di beberapa tempat dalam DUN Larkin menyebabkan penduduk di kawasan itu dalam dilema.


Menurut calon KEADILAN DUN Larkin Dr Zamil Najwah Arbain, isu pajakan berkenaan perlu diselesaikan segera agar lot lot tanah di situ boleh dibangunkan atau sekurang kurangnya anak anak kepada pemilik lot boleh memohon pinjaman membina rumah di atas tanah orang tua mereka.


"Satu isu di DUN Larkin yang saya nak bawa ialah pajakan tanah yang tempohnya sudah makin pendek. Tinggal 30 tahun. Kebanyakan tanah pajakan ini, majoriti yang duduk di situ adalah orang Melayu


"Mereka tak dapat nak buat apa apa pinjaman dan sebagainya kerana tempoh pajakan semakin singkat. Isu ini sudah berlarutan berpenggal penggal, BN janji nak beri milikan bebas tetapi sampai ke sudah pajakan makin pendek dan penduduk tak tahu buat apa. Bila anak anak mahu duduk, loan rumah kalau dapat pun (jangka masa) pendek," katanya dalam sidang media di Larkin, pagi tadi.


Dr Zamil berjanji akan berusaha untuk mengetengahkan formula yang boleh menyelesaikan isu berkenaan sekiranya pengundi memberi mandat kepada beliau sebagai wakil rakyat Larkin.


"Ini satu benda yang saya perlu angkat. Ada formula yang boleh kita bawa untuk membantu masyarakat di DUN Larkin, iaitu di Larkin dan Kampung Melayu Majidee selesaikan masalah mereka. Anak anak akan dapat menetap di sini.


"Dapat buat loan, membina rumah. Tanah besar tetapi tempoh pajakan pinjaman bank banyak yang tidak lepas," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page