Dr Zaliha sumbang peruntukan cat semula Surau Al-Abidin
- Suara Keadilan

- Sep 8
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Surau Al-Abidin di Kampung Tengah, Segamat kini tampil dengan wajah baharu hasil peruntukan Ahli Parlimen Sekijang.
Dr Zaliha Mustafa menerusi satu perkongsian di Facebooknya memaklumkan, surau berkenaan yang turut berfungsi sebagai surau Jumaat sebelum ini mengalami kerosakan cat luar akibat banjir berulang kali sehingga menjejaskan suasana dan keselesaan jemaah.
"Surau Al-Abidin menjadi nadi ibadah masyarakat sekitar. Saya luluskan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk kerja mengecat semula bahagian dalam dan luar surau.
"Alhamdulillah, kini surau ni sudah berwajah baru, Pengurusan surau seronok melihat suasana kembali segar, dan jemaah dapat beribadah dengan lebih tenang" katanya selepas meninjau hasil kerja pembaikan tersebut.
Dr Zaliha sementara itu menegaskan bahawa setiap usaha yang dilakukan adalah demi kesejahteraan rakyat di kawasan diwakilinya.
"Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat. Demi Sekijang," tambahnya.









Comments