top of page

Dr Zaliha sifatkan pelantikan sebagai Pengerusi MPN satu amanah besar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) menyifatkan pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor sebagai satu tanggungjawab besar, bukan keistimewaan.


Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Ahli Parlimen Sekijang itu merakamkan penghargaan kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh pimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan.


"Insya-Allah, saya akan terus berganding bahu bersama seluruh pimpinan negeri, cabang, anggota parti serta jentera akar umbi untuk memastikan KEADILAN terus menjadi parti harapan dan pilihan rakyat Johor.


"Fokus saya adalah untuk memperkukuh kesepakatan dalam kalangan anggota serta memperluas jaringan sokongan akar umbi melalui pendekatan mendengar dan mendampingi rakyat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu.


Biro Politik yang bermesyuarat pada Khamis memutuskan pelantikan baharu bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sesi 2025 - 2028.


KEADILAN turut melantik Ahli Parlimen Bayan baru, Sim Tze Tzin sebagai Pengarah Strategi, manakala Mahmud Epah dilantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan dalam usaha memperkukuh struktur kepimpinan parti itu.


Sementara itu, Dr Zaliha menerusi kenyataan sama menyatakan harapan agar seluruh warga KEADILAN Johor memberikan dokongan padu kepada kepimpinannya.


"Ia agar kita dapat membina kekuatan bersama dan memacu perjuangan ini dengan lebih ampuh dan tersusun," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page