top of page

Dr Zaliha seru semarakkan budaya filantropi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) menyeru agar budaya filantropi (kerja amal) terus diperkasa dalam masyarakat.


Berucap pada Majlis Pra Peluncuran Anugerah Perdana NGO Malaysia dan Peluncuran Mega Briswalk Malaysia MADANI di Kuala Lumpur, beliau menegaskan bahawa budaya kerja amal bukan sahaja mampu memakmurkan negara dari sudut ekonomi, malah menjadikan Malaysia kaya dengan jiwa kemanusiaan.


"Budaya filantropi berteraskan kasih sayang mampu menanamkan nilai ihsan dalam masyarakat, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.


"Apabila ia terus disuburkan, kita bukan hanya membina pembangunan material, tetapi juga pembangunan rohani untuk membentuk bangsa beradab," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Dalam pada itu, Dr Zaliha turut menekankan peranan penting pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.


"Ada inisiatif yang dimulakan NGO akhirnya dijadikan dasar oleh kerajaan. Begitulah pentingnya NGO sebagai jambatan antara cita-cita nasional dengan realiti rakyat di lapangan," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page