Dr Zaliha salur peruntukan bina menara azan Surau Abdul Qadir
- Suara Keadilan

- Oct 6
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Komitmen Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa terhadap kesejahteraan komuniti setempat terus dizahirkan.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, Dr Zaliha memaklumkan telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk membina menara azan dan pagar baharu di Surau Abdul Qadir, Batu 3 Kampung Jawa di Segamat.
"Peruntukan disalurkan melalui Projek Mesra Rakyat hasil kerjasama dengan pengurusan surau.
"Menara azan dan pagar baharu kini memberi wajah baharu kepada surau ini serta meningkatkan keselesaan jemaah," katanya.
Terdahulu, Dr Zaliha yang juga Menteri Wilayah Persekutuan meninjau projek tersebut yang selesai dilaksanakan.
Dalam lawatan tersebut, pihak pengurusan surau turut mengemukakan cadangan pembinaan Dewan Terbuka bagi melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat seperti ibadah korban, sambutan Maulidur Rasul dan majlis perayaan.
"Insya-Allah, jika ada peruntukan tambahan, usaha memperindah dan menambah baik kemudahan di Surau Abdul Qadir akan diteruskan demi manfaat penduduk sekitar," ujar Dr Zaliha.
Dr Zaliha sementara itu turut memaklumkan bahawa kawasan berkenaan sering dilanda banjir. Justeru, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang turut menyediakan sebuah bot penyelamat bagi kegunaan penduduk ketika kecemasan.









Comments