top of page

Dr Zaliha sahkan pengundian semula di 3 cabang KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 25
  • 1 min read

ree

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN mengesahkan pengundian semula di tiga cabang iaitu Selayang, Jempol dan Silam akan diadakan semula.


Pengarah JPP parti itu, Dr Zaliha Mustafa berkata, pengundian semula diadakan susulan susulan beberapa isu teknikal yang dikesan dalam pemilihan baru-baru ini dan ia hanya membabitkan keputusan kecil yang tidak melibatkan keseluruhan proses pemilihan.


"Nanti saya akan keluarkan notis dalaman kepada cabang-cabang yang terlibat," katanya kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Wilayah Persekutuan di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Khamis.


Sebagai mengulas proses pemilihan parti peringkat cabang baru-baru beliau memaklumkan, bilangan aduan pada kali ini jauh lebih rendah berbanding pemilihan terdahulu.


Beberapa aduan masih dalam pertimbangan termasuk membabitkan tokoh berprofil tinggi parti, iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Nasir.


"Aduan itu datang dari pelbagai peringkat – semasa pencalonan, kempen dan keputusan.


"Kita akan teliti satu-persatu. Sebahagian besar sudah kita ambil tindakan dan kita akan perhalusi aduan rasmi yang diterima JPP," katanya.


Sementara itu sebagai mengulas tentang pemilihan didakwa tidak tepat dan wujud keputusan pelik, Zaliha mempertahankan sistem ‘blockchain’ yang digunakan.


Sistem digunakan itu tegasnya adalah kalis penipuan, sekali gus ia jauh lebih baik daripada pemilihan lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page