top of page

Dr Zaliha rasmi Pejabat KEADILAN Muar, sertai jelajah Jalur Gemilang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 25
  • 1 min read

DS Dr Zaliha (memegang gunting) merasmikan Pejabat KEADILAN Muar, Johor
DS Dr Zaliha (memegang gunting) merasmikan Pejabat KEADILAN Muar, Johor

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa merasmikan Pejabat KEADILAN Muar dalam satu majlis penuh semangat hujung minggu lalu.


Exco Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit yang turut hadir pada acara itu berkata perasmian pejabat baharu itu bakal menyuntik semangat baharu kepada anggota untuk terus berbakti dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat, selaras dengan perjuangan KEADILAN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat


"Perasmian disaksikan Timbalan Pengerusi MPN Johor, Saudara Md Ysahrudin Kusni, Setiausaha MPN Johor, Saudara Mohd Khuzzan Abu Bakar serta pimpinan negeri dan cabang.


"Sejurus selepas itu, simbolik serahan Jalur Gemilang kepada semua Ketua Cabang Negeri Johor dilaksanakan, menandakan penyatuan semangat perjuangan parti dan kecintaan terhadap tanah air," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.


Selesai acara tersebut, katanya, pemimpin yang hadir kemudian mengadakan jelajah edaran Jalur Gemilang bersama masyarakat sekitar bersempena sambutan Bulan Kebangsaan,


"Pimpinan parti bersama warga setempat menyertai edaran Jalur Gemilang di beberapa lokasi utama sekitar Muar termasuk Chinatown, Parit Jawa dan berakhir di Restoran Asam Pedas Joned.


"Alhamdulillah, semangat patriotik terus berkibar. Program ini membuktikan Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, tetapi lambang kebersamaan kita menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan penuh rasa cinta kepada tanah air," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page