top of page

Dr Zaliha pengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO



Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa yang dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewakili wilayah Pasifik Barat (WPR) untuk sesi 2023-2024 merupakan menteri Kesihatan Pertama dari Malaysia yang diberi penghormatan mempengerusikan sesi ke-152 mesyuarat Lembaga Eksekutif pertubuhan dunia itu, semalam.


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatannya di media sosial berkata, penghormatan itu adalah kali pertama berlaku dalam sejarah kesihatan negara dan sepanjang 10 tahun penglibatan beliau bersama WHO.


"Ia adalah kali pertama dalam sejarah Menteri Kesihatan kita, Dr Zaliha Mustafa, mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO ke-152 mengenai pembasmian polio, perancangan peralihan polio, dan pasca pensijilan polio," ciap Noor Hisham yang bersama Dr Zaliha sebagai delegasi Malaysia di persidangan yang diadakan di Geneva, Switzerland.


Menurut kenyataan Pejabat Menteri Kesihatan pula, pelantikan itu satu pencapaian penting bagi Zaliha dalam lawatan rasmi pertamanya ke negara luar sejak dilantik sebagai menteri Persekutuan.


Sebelum ini, Zaliha berucap mengenai langkah Malaysia untuk perlindungan kesihatan sejagat dengan beberapa bidang keutamaan, termasuk saringan kesihatan yang disasarkan buat golongan berpendapatan rendah.


"Program-program ini adalah satu usaha untuk mengurangkan perbelanjaan di luar kemampuan dalam kalangan 40 peratus penduduk terbawah untuk mendapat akses perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di sektor swasta


"Kami (juga) menyasarkan untuk mengurangkan kesesakan klinik awam bagi membolehkan pengurusan penyakit kronik awal dan meningkatkan kecekapan merentas sektor dengan meminimumkan pertindihan pemeriksaan melalui sistem IT berasaskan web yang diuruskan secara berpusat," katanya dalam ucapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page