top of page

Dr Zaliha mahu penyelesaian tuntas tangani isu kenderaan terbiar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17
  • 1 min read
Dr Zaliha mengarahkan permudah proses pelupusan kenderaan terbiar. Foto: FB Dr Zaleha
Dr Zaliha mengarahkan permudah proses pelupusan kenderaan terbiar. Foto: FB Dr Zaleha

Oleh: Azuan Ab Rahman


Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) diarahkan segera mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meneliti kelompongan perundangan berkaitan proses pelupusan kenderaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata isu kenderaan terbiar khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu segera diselesaikan kerana semakin memburukkan wajah bandar raya.


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jelasnya berdepan dengan beberapa kekangan ketika ini terutama dari segi perundangan termasuk halangan menunda kenderaan terbiar di premis swasta.


"Saya telah arahkan JWP untuk segera berbincang dengan JPJ bagi meneliti kelompongan undang-undang sedia ada dan mengemukakan cadangan penyelesaian yang menyeluruh.


"Kenderaan terbiar bukan sahaja mencacatkan pemandangan bandar malah boleh mengundang risiko keselamatan dan pencemaran.


"Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun. Ini bukan angka kecil dan tidak wajar dibiarkan berlarutan," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


Pada Isnin, Dr Zaliha mengadakan lawatan ke syarikat Car Medic Sdn Bhd, iaitu sebuah pusat rawatan automotif berlesen yang menjalankan pelupusan kenderaan yang telah dilucut hak.


Menurutnya, lawatan itu penting untuk melihat sendiri proses pelupusan yang lebih pantas, teratur dan lestari.


Sementara itu, Dr Zaliha menggalakkan pemilik yang ingin melupuskan kenderaan supaya tampil secara sukarela ke mana-mana pusat rawatan automotif berlesen.


Jelasnya, proses pelupusan kenderaan adalah mudah dan pemilik akan menerima bayaran tunai berdasarkan keadaan kenderaan masing-masing.


"Langkah ini bukan sahaja membantu pemilik, malah menyumbang kepada kelestarian persekitaran bandar," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page