top of page

Dr Zaliha lulus RM140,000 pembangunan Pasar Tani Sekijang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 23
  • 1 min read
Dr Zaliha melakukan lawatan ke tapak Pasar Tani Sekijang di Kampung Jawa, Segamat.
Dr Zaliha melakukan lawatan ke tapak Pasar Tani Sekijang di Kampung Jawa, Segamat.

Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa meluluskan peruntukan RM140,000 di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi membangunkan Pasar Tani Sekijang di Kampung Jawa, Segamat.


Menurut Dr Zaliha, peruntukan itu akan digunakan bagi kerja-kerja turapan serta pembinaan pagar di kawasan tapak pasar yang sebelum ini milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan kini akan diserahkan kepada FAMA untuk dibangunkan.


"InsyaAllah, apabila siap nanti, pasar tani ini bukan sahaja memberi peluang niaga kepada para peniaga, tetapi juga memanfaatkan warga Parlimen Sekijang untuk mendapatkan barangan basah pada harga berpatutan dalam suasana lebih selesa dan teratur," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.


Terdahulu, Dr Zaliha yang juga Menteri Wilayah Persekutuan hadir bagi meninjau tapak pasar berkenaan.


Mampu menampung sehingga 60 peniaga, Pasar Tani tersebut dijangka menjadi mercu pembangunan komuniti setempat, selain mengukuhkan sokongan kepada peniaga kecil dan sederhana di kawasan berkenaan.


Sementara itu Dr Zaliha dalam hantarannya menegaskan agar projek pembangunan itu disiapkan sebelum akhir tahun. Beliau turut meminta khemah peniaga diseragamkan bagi memastikan pasar tani tersebut kelihatan lebih kemas dan menarik.


"Segala usaha ini adalah untuk kesejahteraan rakyat Sekijang," tambah beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page